Pages

Assalamualaikum w.b.t


What I write about might not be what I feel. It could be random. It could be about you, you or you. Or it could be about me. This is how I see the world. At least from what I saw through this thick spectacles.

:)

Tuesday, April 1, 2014

In need of a single friend. ASAP.

Share

assalamualaikum wbt.

Hari tu aku borak dengan kawan aku.  Ikuti inti sari cebisan perbualan kami:

Aku: Pid, mu bila nak nikah? 
Kawan: Lek ah luu. Tunggu dulu. Mu?

Aku: Aku ni calon pun nada, nak nikah celah mana? Haiyo. Hari tu I (salah seorang rakan kami) nikah. Mu tau?
Kawan: Aku tahu tapi aku tak sempat nak gi. Mu gi?

Aku: Mesti ah. Mati aku kena dengan budak tu kalau aku tak gi. Haha.
Kawan: Haha.

Aku: Weh, Pid. Gila ah. I dah menikah. H dengan U pun planning nak nikah. Tak tahun ni, tahun depan. Lepas tu tinggal aku seorang single. Wehhh, lepas ni aku nak lepak dengan siapaaaa?
Kawan: Cepat-cepatlah cari Fana. Buat teman mu. Hahaha

Aku: Tapi, takmo lagi. Haiyo.

Nampak tak kat situ? Dikelilingi oleh orang yang semua ber'double' ni buat aku tiba-tiba risau. Sebab nanti aku nak lepak dengan siapa? Dah la jenis suka kacau orang. Call orang malam-malam. Bila tengah weng, text ayat kasih sayang dengan diorang. Lepas diorang menikah, aku nak buat benda tu dengan siapa? Ah, sudahhh. 

Kena cari seorang kawan ni. Yang single. Buat back up plan bila diorang ni semua dah menikah. Hiks.